Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

December 11th, 2006 by bidadarisz

kita membesar dgn menonton G-Force,
Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks
n Mickey Mouse.
Not to forget Ninja Turtles, Mask,
Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah
rendah?…hmm, mesti pegang cawan
warna-warni

kan

. mencangkung kat tepi parit dgn
classmates semua kat seblah…

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list
dentist appointment.
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik
sebelah. ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt…program minum susu di skolah.
nak galakkan budak2 time
tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb…

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris
panjang warna kuning tu. pukul
tapak tangan…

kan

?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek
kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut
skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china
tu…ada yang suka stoking
tebal laaa…

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr..
Tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,
Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die,
‘telur’ keras warna warni, ‘rokok’ chewing gum,
KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, ‘Ti Kam’.
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la,
Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.
boleh beli aiskrim ngan apek
kat luar skola tuh…

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan
keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan
Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa…

permainan kegemaran, main guli, batu seremban,
penutup botol, batang
aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’, ‘Police &
Sentry’, main kejar2 duduk…

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang
tube aiskrim, ada byk2 color tu.
kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2
die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni
pun kita main dulu ni.
baling2 kapur laa.

hmm…budak2 skarang,
bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu
‘We Are the World, We Are the Children…’
dan lagu ‘Uptown Girl’ yang diorg
tau,
yg Westlife nyanyi….bkn Billy Joel nyanyi…

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni,
dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu
filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk
sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun ‘Atari’ dgn ‘Game &
Watch’.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih…
dan diorg skarang tak reti nak
switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh
survive dkt universiti tanpa
handphone…

hmm…jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni,
dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite
dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main
komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah
menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui
telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke
semasa, seronok bile bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite
alami mase dulu time kecik2,
nakal2 dulu…

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan
terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg.

Sure diorg suke punye
laa…hehehe

my heart

October 18th, 2006 by bidadarisz

di sini kau dan aku terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia ku denganmu
pernahkau kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
di sini syurga kita

bilakah kita mencintai yang lain
mungkinkah hati ini akan tegar
sebisa mungkin takkan pernah
sayangku akan hilang…

if u luv somebady
could we b this strong
i will fight to win
our luv will conquer all
woldn’t risk my luv
even just one nite
our luv wil stay in  my heart
my heart…

bulan ramadhan datang lagi

October 5th, 2006 by bidadarisz

hm.. ramadhan datang lagi.. membawa seribu erti. masuk semster ni dah 3kali puase tanpa org tersayang..sbagai perantau,… best gak.. hmmm… xsabar nak balik umah… hm… lg elok ujan batu diumah sendiri.. nasib baik tiket dah beli… bleh balik raye…. yeyeyeyeyeyeeeeee

slamat berpose.. pose jangan tak pose tau…

Cerita HIdup INi

July 6th, 2006 by bidadarisz

Ffx2_14_1024x768 CERITA HIDUP INI

Sebanarnya dalam hidup ini ada cerita

suka  duka pedih dan ceria

apa sebenarnya yang berlaku aku tak tahu

cuba

kita renung sejenak

pekak orang teriak kebebasan dicampak dalam semak

Sebenarnya hidup ini ada cerita

apa yang berlaku semuanya derita

serabut dalam kepala yang entah apa sebenarnya kita yang cipta

ketentuaannya Illahi yang kira

hidup ini bukannya senang

walau jauh kita sebarang

belum pasti sampai ketunjang

percaya atau tidak kita adalah

malang

sejauh mana kita terbang

kita bukan layang-layang

ditarik guna benang terlepas kita tak pegang

kita adalah kita

tak semua buat diterima

kita mampu teroka sampai ke dasar

namun kita tak sedar semuanya ada onar

belum tentu dapat bayar

jasa dan pengorbanan mereka berdua yang sabar

dapatkah kita berfikir

peluh setitik ibarat pasir

jadi jangan kita mungkir

hidup ini bukannya senang

Sebenarnya dalam hidup ini ada cerita

suka duka perit ceria

tak mampu kita mungkir

tak mampu melawan takdir   

ERTI seORANG SAhaBAt…

July 6th, 2006 by bidadarisz

Poyogurl3

Erti Seorang Sahabat

Seorang pujangga Barat pernah menulis, dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri kita sendiri.. Tetapi, di dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita, sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi, kita sering terlupa hal ini. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa sering dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasan untuk menutup kesilapan dan membela diri…

Kita terlupa, kita pernah membiarkannya ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita memberi seribu alasan memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti juga kita, dia juga tahu rasa kecewa… Tetapi, kita sering terlupa….

Untungnya mempunyai sahabat yang sentiasa berada di sisi kita, di saat-saat kita memerlukannya..dan di saat kita perlukan perhatian daripadanya…dia mendengar luahan perasaan kita. Segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya, kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kekadang kita lupa mereka juga ada banyak cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk bersama-sama menceritakan tentang rasa bimbang, dan rasa takutnya???

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita??? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya??? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita kecewa dan menyerah kalah??? Dapatkah kita meyakinkan bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah??? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan???

Sesekali, jadilah kawan yang mendengar dari hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan sahabat sebagai kekuatan dan sumber inspirasinya.. Jadilah kita sahabatnya itu…

Kita mungkin pernah melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan.., kita tidak tahu. Tetapi, jika kita cuba untuk menjadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu!!!

dALaM sAya AdA AwaK

July 5th, 2006 by bidadarisz

Dalam saya ada Awak

hari tu kita gaduh. saya main-main  awak ingat betul-betul.

tak tau nak buat macam mana lagi…

Lantak awaklah..

semalam kita berselisih.. awak buat dunno..
awak pandang saya..saya buat dunno jugak..degilnyer saya

saya nampak awak ..saya nak panggil, tapi tak boleh..
sebabnya saya panggil awak dalam hati..
bodohnya saya..

awak tegur saya.. saya buat dunno.. tapi awak tak tahu..
happynya saya..saya dengar awak cerita..
awak kata dah jatuh cinta..

sedihnyer saya…

awak keluar tengok wayang.. saya pun..
awak keluar dengan dia.. saya tengok ajer..
awak call saya..mengacau betul..tengah tidolah..
saya layankan aje..
awak cakap awak dah putus
saya senyum sampai telinga..

tapi awak tak nampak….saya cakap..
kesiannya awak.. hipokritnye saya..

hari ni hari jadi saya.. tapi awak luper..
saya sedih ..tapi takpe awak bukannya sengaja
awak minta maaf..saya senyum je…
saya kata tak kisah..
awak belanja tengok national treasure
ish..tak romentiknyerr..

tapi.. best per…

saya dapat bunga…cantik sangat..
tapi tak tahu sape pengirimnya..
awak nampak.. awak terus balik..
saya panggil awak..tapi awak tak toleh..
saya cume nak bgtahu…

AWAK !!!! LORI!!!!!

saya kejar awak… awak terus jalan..
saya tolak awak.. awak jatuh..
saya nampak lori.. betul betul depan saya.
kalau ia semapt..saya nak bgtahu…

Awak… SAYA SAYANG AWAK…..

mimpi..bidadari…

June 23rd, 2006 by bidadarisz

MIMPI BIDADARI

Terdengar sayup jauh di sana

Melodi rindu jiwaku berlagu

Kuntum senyum kau ukir dibibir jiwaku bergelora ombak cinta membadai

Mengapa kau pergi dari lenaku ini dikala mimpi cintaku bermula

Kuharap sinar cinta yang kau bawa bersama hanyalah untuk seketika saja

Aku bagaikan bidadari namum sepi tanpa kau disisi

Engkau putera yang bertakhta di hati semarakkanlah asmara cinta ini.

Indah malamku kerna hadirmu ke taman khayalan bidadari

Indah senyuman kerna ketulusanmu menyintai puteri sepenuh hati

Sayang katakanlah mimpi ini realiti

Kasih bukan mudah untukku dicintai

Teringat memori dalam lena kau hadir membawa seribu erti

Aku bagaikan bidadari

Hadirlah putera bertakhta dihati indahnya cinta bersamamu seindah taman khayalan yang kau cipta untukku